Monday, 5 August 2013

Sedikit info untuk dikongsi.. =)

hurm.. assalamualaikum ...

malam ni terdetik pulak hati mirul nak stalk blog-2 dakwah ni... banyak sangat kata-2 motivasi yang mirul dapat... antara blog yang paling best ialah cara-2 untuk menegur sahabat.. there have a lot of tips how to tegur kawan-2 kite yang buat silap.. banyak jugak antara komen-2 orang yang komen kat blog-2 tu sama nasib dengan mirul.. 

mirul ni tak reti nak tegur-2 orang.. sebab mirul ni pon bukan baik sangat.. anyway, lepas mirul bace blog-2 dakwah tu, sedikit sebanyak bagi mirul kekuatan... antara pandangan-2 orang yang paling best sekali ialah :

1.    Kepada sahabatku yang aku cintai karana Allah.
Semoga berada dalam lembayung rahmat-NYA.Sesungguhnya daripada Allah kita datang,kepada Allah jualah kita akan kembali.Aku tidak tahu kenapa kau menjauhi aku.Tetapi,surat ini untuk menyatakan beapa aku ini menyediakan diriku untuk bersahabat dan berhubungan dengan semua.Harapannya,agar kita sama-sama boleh lengkap-melengkapi dalam menjadi hamba Allah SWT.
 Manusia itu diciptakan berpuak-puak,berbeza rupa dan pelbagai perangai.Allah menciptakan kepelbagaian ini untuk kita saling bantu membantu dalam mengejar redha-NYA.Tiada apa yang aku inginkan daripada engkau,melainkan kita bina hubungan kita ini atas matlamat untuk mendapatkan keredhaan-NYA.
 Aku,sebagai sahabat,bersedia menerima kau,walau bagaimana pun engkau.Kalau kau ada masalah,kau boleh kongsikan dengan aku.Aku sentiasa terbuka ubtuk kau dan rakan-rakan kau.Sekali lagi,semuanya untuk mendapat redha Allah SWT serta saling bantu membantu menjadi hamba Allah SWT yang baik. -Dipetik dari novel Sinergi-

2.ya..
  hidayah itu milik Allah...
  kita hanya mampu untuk berdoa yang terbaik untuk sahabat...
  berusaha menegur dengan sebaiknya....
  dan seterusnya bertawakal kepada Allah...

3.  hidayah sememangnya milik ALLAH...hanya ALLAH sahaja yang         memberikan hidayah-Nya kepada hamba-hamba yang diingini...
 kita lihat, anak dan isteri nabi Nuh a.s pun ingkar terhadap    ALLAH...begitu juga dengan bapa saudara nabi s.a.w yang masih  enggan mengucap dua kalimah syahadah walaupun nyawa sudah  dihujung..kita hanya boleh menegur, memberi teladan yang baik,  berikhsan dengannya dan selebihnya berdoa lah pada  ALLAH...sesungguhnya ALLAH lagi Maha Mengetahui...

4.  salah dan silap yang dilakukan harus ditegur dengan hikmah. teruskanlah mendekati dan menyeru sahabat kita kerana kita adalah penyeru bukan penghukum.cepat atau lambat natijahnya hanya ALLAH yang menentukan kerana DIA shj yang berkuasa memberi hidayah kpd hamba2NYA. bersabarlah kerana sesungguhnya ALLAH bersama org2 yang sabar.

okay-2... rasanya cukup kot kongsi yang ni je.. hurm.. maybe ada yang tak faham.. tape, if baca dan faham betul-2, mungkin korang faham.. ni lah antara kata-2 yang sedikit sebanyak memberi semangat dekat mirul untuk terus berdoa.. sesungguhnya Allah itu sentiasa bersama dengan orang-2 yang sabar..berdoalah, doa kita tidak akan dimakbulkan dengan cepat atau lambat, tapi pada saat yang tepat... Andai kita teruskan berdoa untuk kebaikan seseorang, insyaallah kita juga akan mendapat kebaikan yang sama.. sama-2 lah kita bertawakal kepada Allah.. 

mirul pon daa tak tau nak cakap ape lagi..  rase cukup kot sampai kat sini jer.. 


selamat malam ..   wasalam ... =D

No comments:

Post a Comment